Saturday, April 9, 2011

Permohonan Talian Tetap TM (Kediaman)


 Baru beli rumah?

Baru pindah rumah?

Ingin mempunyai talian tetap TM?

Berikut adalah caj yang akan dikenakan untuk urusan pemasangan talian tetap TM.
  • RM50 untuk pendawaian 5 meter pertama telefon dan tambahan RM5 semeter jika inginkan pendawaian lebih dari 5 meter ( bayar cash pada kontraktor)
  • Jika pendawaian telah tersedia seperti di apartment, atau rumah, RM30 sahaja akan dikenakan kepada anda.
Semua bayaran di atas adalah sekali sahaja dikenakan iaitu padahari pemasangan talian tetap.

untuk pemasangan streamyx memerlukan telefon jadi tm kini telah membuat satu keputusan untuk sewaan telefon kediaman adalah percuma. Caj telefon bergantung kepada masa perbualan anda.

No comments:

Post a Comment